Selesai sudah Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar bagi Tahun 2017. Pemimpin pelajar terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas SPBT, Koperator (Pengawas Koperasi), SLB (Student Leader Board) dan Majlis Ketua dan Penolong Tingkatan. Para pemimpin pelajar mendapat watikah pelantikan yang diserahkan kepada setiap ketua bagi setiap pengawas oleh Tuan Pengetua Encik Abdul Razak bin Abdul Samad. Semoga semua pemimpin pelajar di sekolah ini dapat menjalankan tugas dengan baik dan sentiasa berusaha menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik.
Kem Kepimpinan Pelajar Unit Kokurikulum Sekolah-Sekolah Menengah Zon Rinting 2017
Alhamdulillah pada 27-28 April 2017, pihak sekolah dapat menganjurkan Kem Kepimpinan Pelajar Unit Kokurikulum Sekolah-Sekolah Menengah Zon Rinting (Pasir Gudang) bertempat di Hutan Rekreasi UTM, Skudai Johor. Pelajar-pelajar yang terpilih menjalani pelbagai aktiviti yang menarik untuk meningkatkan jati diri dan ketahanan diri. Sekolah lain yang terlibat ialah SMK Taman Megah Ria, SMK Seri Kota Puteri, SMK Taman Rinting 2 dan SMK Dato' Penggawa Timur. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Minggu Teknik dan Vokasional 2017
Minggu Teknik dan Vokasional telah berlangsung dengan jayanya pada 26 April 2017. Pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya Pertandingan Memasak, Hijabista, Next Top Model, Teh Tarik, Explorace dan sebagainya. Tahniah kepada pemenang dan semua peserta yang menyertai pertandingan yang dianjurkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)