Sejarah Sekolah

Lembaran sejarah SMK Seri Kota Puteri 2 telah bermula pada 1 Jan 2003 dengan jumlah pelajar seramai 155 orang dan 11 tenaga pendidik. Nama SMK Seri Kota Puteri 2 mengambil nama taman perumahan yang berdekatan iaitu Taman Kota Puteri. Sekolah ini dibina di atas tapak LOT PTD 119773 dan keluasannnya 10.76 ekar. Mempunyai sebuah blok pentadbiran, 3 blok bilik darjah, 2 blok bengkel dan pertukangan, sebuah blok makmal sains, sebuah blok Sukan, sebuah blok Kantin, sebuah surau, 2 buah wakaf, padang dan juga kemudahan lain seperti pusat sumber, makmal komputer, tapak perhimpunan dan tempat aktiviti "indoor".

0 comments: