SELAMAT DATANG PUAN PENGETUA KE SMKSKP2..

Pada tanggal 15 Julai 2018, Puan Pengetua yang baru telah datang melaporkan diri di SMK Seri Kota Puteri 2. Beliau adalah Puan Wan Bidah bt Wan Salleh, bekas PK Kokurikulum SMK Taman Johor Jaya 2. Semoga SMKSKP dapat melakar lebih banyak kejayaan di bawah pentadbiran beliau. Muafakat Teras Kejayaan...

MAJLIS PERPISAHAN TUAN PENGETUA EN ABDUL RAZAK BIN ABDUL SAMAD

Setelah berkhidmat selama 1 tahun 5 bulan di SMKSKP2, kini Tuan Pengetua akan berpindah ke SMK Pasir Gudang bermula Julai 2018. Warga SMKSKP2 mengucapkan terima kasih di atas segala jasa Tuan Pengetua dan semoga Tuan Pengetua semakin cemerlang di SMK Pasir Gudang. Semoga ukhuwah yang terjalin sentiasa akrab.

Majlis Sambutan Hari Guru dan Program Pengantarabangsaan dengan Minami Uwa High School Japan

Pada 16 Mei 2017 yang lalu, sekolah telah berjaya mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru dan Program Pengantarabangsaan dengan Minami Uwa High School Japan bagi tahun 2017. Pelbagai aktiviti yang dijalankan termasuklah persembahan pelajar SMK SKP2, persembahan pelajar dari Minami Uwa High School, Tarian Singa, Sukaneka, Lawatan ke kelas abad 21 dan sebagainya. Terima Kasih Cikgu !