Pada 19hb Ogos yang lalu, telah diadakan Majlis Berbuka Puasa, Khatam Al-Quran, Solat Hajat Perdana dan Program Qiamullail di sekolah. Acara bermula sekitar 5.30 petang dimulakan dengan khatam al-quran oleh beberapa orang pelajar dari kelas aliran agama seterusnya penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim, penyampaian sijil kepada pelajar yang khatam al-quran dan hadiah kepada pemenang Kuiz Ramadan. Selesai itu, majlis berbuka puasa beramai-ramai disusuli dengan solat Maghrib berjemaah dan solat hajat perdana. Sesudah solat Maghrib, pelajar dan ibubapa serta guru dihidangkan dengan juadah berbuka puasa di kantin sekolah. Apabila azan Isyak berkumandang, semua hadirin kembali ke Surau Salahuddin Al-Ayubi untuk solat Isyak berjemaah dan juga Solat Sunat Terawikh. Majlis diakhiri sekitar jam 9.30 malam akan tetapi pelajar yang terlibat dengan program Qiamullail akan menginap di sekolah sementara pelajar yang tidak terlibat akan pulang ke rumah masing-masing. Diharap program ini dapat memberi manfaat yang besar kepada semua yang terlibat khususnya kepada pelajar-pelajar SMKSKP2. Program ini adalah program tahunan sekolah dan ianya memang mendapat sambutan yang menggalakkan di bulan Ramadan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment