Pendaftaran bagi larian 1Malaysia dibuka pada 7.50 pagi. Setiap pelajar tergesa-gesa untuk mendaftarkan diri. Selepas pendaftaran, para pelajar akan melakukan sedikit senaman untuk memanaskan badan bagi mengelakkan daripada apa-apa insiden yang tidak diingini berlaku. Larian pun bermula. Larian 1Malaysia tersebut adalah sejauh 1500m, bersamaan dengan 7.5 kali pusingan disekeliling padang sekolah. Larian 1Malaysia ini disambut meriah. Para pelajar tidak semestinya perlu berlari kerana ini bukanlah pertandingan. Larian ini bertujuan untuk menunjukkan bahawa pelajar-pelajar kami sering mengamalkan aktiviti riadah dan sebagainya. Oleh itu, sebahagian pelajar hanya berjalan sambil menikmati larian tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment