Bermula 6hb September sehingga 23hb September, peperiksaan Percubaan SPM akan dijalankan. Semua warga SMKSKP2 terutamanya guru-guru yang mengajar Tingkatan 5 mendoakan kejayaan semua calon SPM sekolah seterusnya mengharumkan nama baik sekolah. Diharap semua calon dapat melakukan persediaan secukupnya untuk menghadapi peperiksaan percubaan ini. Gagal sekali bukan bermakna akan gagal selamanya.. Semua orang mempunyai peluang untuk berjaya dan menyinar. Oleh itu, manfaatkan setiap peluang yang ada di depan mata anda semua. Do your best !! Raya-raya juga, peperiksaan jangan dilupa... Peace :D
Salam Aidilfitri..
Salam Aidilfitri diucapkan kepada semua khususnya kepada warga SMKSKP2 yang beragama Islam. Semoga lebaran kali ini memberi seribu makna kepada kita semua. Kepada yang akan balik kampung tak kira dekat atau jauh, didoakan selamat perjalanan anda semua. Semoga kita mendapat kebaikan dan keberkatan Allah SWT. Maaf Zahir dan Batin. Balik Kampung oOooo Balik Kampung... :)
Official Twitter Account
Jika anda warga sekolah ini yang mempunyai akaun Twitter, ada boleh 'Follow" eskaypeedua di Twitter. Bersama kita berkongsi apa sahaja cerita, maklumat terkini di situ.. Bak kata Salleh Yaacob "I followwwwwww"... Selamat.. Ini link http://twitter.com/#!/eskaypeedua :)
Kem Bitara Pecutan Akhir PMR dan SPM 2011
Pada 20hb Ogos 2011, telah diadakan Kem Bitara Pecutan Akhir PMR dan SPM 2011 bertempat di TS Hotel, Taman Rinting, Pasir Gudang. Seramai 120 calon PMR dan SPM yang menghadirkan diri. Kem ini berlangsung selama satu hari bermula 7.30 pagi dan berakhir 5.30 petang. Pelbagai teknik-teknik, peringatan dan langkah-langkah persediaan untuk menghadapi peperiksaan disampaikan oleh perunding khas yang dijemput iaitu En Amin Idris dari Amin Idris Consultancy and Training. Para calon begitu bersungguh-sungguh menghayati dan memanfaatkan segala tunjuk-ajar yang disampaikan oleh beliau. Diharap dengan berakhirnya kem ini, para pelajar SMKSKP2 dapat mengaplikasikan segala yang disampaikan seterusnya mencipta sejarah, memahat kegemilangan untuk sejarah sekolah kita. Diucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru-guru yang terlibat dan sekalung tahniah diucapkan kepada Kaunselor Sekolah iaitu Pn Siti Zubaidah bt Abd Samat atas usaha beliau memotivasikan semua pelajar SMKSKP2 khususnya calon-calon PMR dan SPM 2011. Jasa semua amat dikenang. Muafakat Teras Kejayaan !!
Majlis Berbuka Puasa, Solat Hajat Perdana dan Program Qiamullail Sempena Ramadan 1432H
Pada 19hb Ogos yang lalu, telah diadakan Majlis Berbuka Puasa, Khatam Al-Quran, Solat Hajat Perdana dan Program Qiamullail di sekolah. Acara bermula sekitar 5.30 petang dimulakan dengan khatam al-quran oleh beberapa orang pelajar dari kelas aliran agama seterusnya penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim, penyampaian sijil kepada pelajar yang khatam al-quran dan hadiah kepada pemenang Kuiz Ramadan. Selesai itu, majlis berbuka puasa beramai-ramai disusuli dengan solat Maghrib berjemaah dan solat hajat perdana. Sesudah solat Maghrib, pelajar dan ibubapa serta guru dihidangkan dengan juadah berbuka puasa di kantin sekolah. Apabila azan Isyak berkumandang, semua hadirin kembali ke Surau Salahuddin Al-Ayubi untuk solat Isyak berjemaah dan juga Solat Sunat Terawikh. Majlis diakhiri sekitar jam 9.30 malam akan tetapi pelajar yang terlibat dengan program Qiamullail akan menginap di sekolah sementara pelajar yang tidak terlibat akan pulang ke rumah masing-masing. Diharap program ini dapat memberi manfaat yang besar kepada semua yang terlibat khususnya kepada pelajar-pelajar SMKSKP2. Program ini adalah program tahunan sekolah dan ianya memang mendapat sambutan yang menggalakkan di bulan Ramadan.
Pelancaran Bulan Kemerdekaan Ke-54 Tahun 2011
Pada 11 Ogos telah diadakan Pelancaran Bulan Kemerdekaan Ke-54 Tahun 2011 peringkat sekolah. Pada hari tersebut, diadakan juga bacaan sajak dan syair, nyanyian lagu-lagu patriotik, dan tidak lupa perutusan dari Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran oleh Pengetua Sekolah, Pn Osmirah bt Osman. Sepanjang Bulan Kemerdekaan, pelbagai pertandingan akan diadakan seperti Kelas Tercantik, Pertandingan Kad Ucapan Kemerdekaan dan sebagainya. Diharap para pelajar dapat menghargai kemerdekaan yang telah kita kecapi selama 54 tahun ini dengan adanya sambutan yang meriah di peringkat sekolah.
Subscribe to:
Posts (Atom)




