Mingu Nilam, Minggu Membaca, Minggu Pergi ke Library :)
Nilam bermaksud Nadi ILmu Amalan Membaca. Apa yang kita baca, itulah panduan kita. Membaca tidak sama dengan menonton telivisyen, melayari internet dan sebagainya. Membaca dapat membuka minda kita. Imaginasi kita juga akan bertambah kuat. Oleh itu, marilah kita membaca bagi menambahkan ilmu pengetahuan.
Amar Shafiq, Ketua PSS memberikan hadiah bagi Puan Osmirah setelah upacara perasmian.
Nyanyian lagu Nilam. Anugerah Nilam~
Suasana belakang pentas
Hari Sukan
Hari sukan telah berjalan dengan lancar sekali. Keputusan. Pemenang bg rumah sukan adalah zamrud. Termasuk tahun ni, zamrud telah menang buat kali yg ke-4 berturut turut. Tahniah diucapkan. Kadet Remaja Sekolah telah menang kawad kaki yang terbaik. Bagi unit unit dan rumah sukan yang lain harap dapat berusaha kuat lagi bagi menaikkan lagi tahap saingan.
Hadi telah dipilih sebagai olahragawan pada tahun 2011. Tahniah!
Larian 1Malaysia
Pendaftaran bagi larian 1Malaysia dibuka pada 7.50 pagi. Setiap pelajar tergesa-gesa untuk mendaftarkan diri. Selepas pendaftaran, para pelajar akan melakukan sedikit senaman untuk memanaskan badan bagi mengelakkan daripada apa-apa insiden yang tidak diingini berlaku. Larian pun bermula. Larian 1Malaysia tersebut adalah sejauh 1500m, bersamaan dengan 7.5 kali pusingan disekeliling padang sekolah. Larian 1Malaysia ini disambut meriah. Para pelajar tidak semestinya perlu berlari kerana ini bukanlah pertandingan. Larian ini bertujuan untuk menunjukkan bahawa pelajar-pelajar kami sering mengamalkan aktiviti riadah dan sebagainya. Oleh itu, sebahagian pelajar hanya berjalan sambil menikmati larian tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)









