Mewakili Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah

Tahniah kami ucapkan kepada KRS (Kadet Remaja Sekolah) kerana telah memenangi tempat ketiga dalam Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah. Jasamu akan sentiasa dikenang. Setiap petang selepas waktu sekolah tamat, pelajar-pelajar ini akan kembali ke sekolah pada waktu petang untuk berlatih kawad kaki. Latihan ini telah berlanjutan selama 2 minngu. Kumpulan kawad kaki telah diaturkan oleh Ustaz Faisal Baharin. Mereka memang tidak tahu mengenal erti putus asa apabila datangnya peluang untuk mengharumkan nama sekolah. 

Minggu Sains dan Matematik

Sekolah telah menganjurkan Minggu Sains dan Matematik. Minggu tersebut telah dirasmikan oleh pengetua pada waktu perhimpunan. Puan Salina, GPK Sains telah meminta kebenaran khas daripada PPD Johor untuk menyalakan bunga api bagi persembahan setelah acara perasmian selesai.

Berbagai-bagai aktiviti telah dijalankan sempena Minggu Sains dan Matematik. Antaranya adalah :

  • Pertandingan Saintis Muda 
  • Pertandingan Quiz Sains dan Matematik (antara unit uniform)
  • Pameran Sains (kerjasama daripada SMK Permas Jaya)








Hari Keputusan SPM


Tahniah kepada pelajar SPM 2010 yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Semoga masa depan mereka akan cerah selalu. SMK Seri Kota Puteri 2 sentiasa berbangga dengan pelajar-pelajarnya. Kepada bekas pelajar SMK Seri Kota Puteri 2, semoga berjaya di luar sana. Always think positive. 

Kedatangan Pihak Universiti Ke Sekolah


Pihak universiti bahagian masakan telah menunjukkan kepada pelajar cara-cara penyediaan fettucini dan spaghetti. Mereka menunjukkan beberapa skill memasak yang biasanya digunakan untuk restoran high class. Dressing yang ditunjukkan juga amat kreatif. Kesabaran yang tinggi perlu ada pada seseorang chef agar dressing tersebut tidak terlalu berlebih-lebihan atau kurang menarik dan yang paling penting sekali, kita hendaklah sentiasa merujuk resepi masakan agar tiada yang kurang dan tiada yang lebih rasanya.