Nama Sekolah Terpapar Di Berita Harian

Sangat membanggakan. Persembahan daripada Kumpulan Dikir Barat ketika Majlis PIBG telah mengharumkan nama sekolah. Kumpulan ini telah berusaha dengan tekun dan hasilnya mereka telah diberikan penghargaan. Osmirah Osman, Pengetua sangat bangga akan mereka. 

Ini adalah hasil didikan Cikgu Wan Zulkarnain Abdullah dan Cikgu Saiful Azim. 

Lebih daripada 100 ibubapa hadir ke majlis ini dan sebahagian daripada mereka berpendapat bahawa mutu persembahan tersebut setaraf dengan kumpulan dikir barat yang pernah di tonton di kaca tv.

Ketua Kumpulan Dikir Barat, Yazid Abdullah juga memainkan peranannya dengan baik. Cara kepimpinannya amat dikagumi oleh cikgu-cikgu yang melatihnya.

Semoga sekolah kami akan terus maju dan cemerlang.

Majlis PIBG kali ke-8 serta Watikah Perlantikan

SMK Seri Kota Puteri 2 telah mengadakan Majlis Mesyuarat PIBG tahun 2011 pada ahad yang lepas. Majlis ini dimulakan dengan mesyuarat PIBG. Mesyuarat itu telah disahkan oleh wakil daripada golongan ibubapa. Selepas itu, majlis diteruska dengan bacaan doa daripada Ustaz Faisal.

Majlis diteruskan dengan beberapa kata daripada Puan Osmirah Osman, Pengetua SMK Seri Kota Puteri 2. Beliau amat berterima kasih kepada ibubapa dan pelajar yang menghadiri majlis itu. Setelah beliau merasmi Majlis Mesyuarat PIBG tahun 2011, beberapa persembahan akan dilaksanakan bagi memeriahkan lagi majlis.



Persembahan Choral Speaking telah dipersembahkan. Pelajar-pelajar yang mempersembahkannya telah berlatih dengan tekun dan pengetua dan tetamu jemputan amat gembira akan persembahan mereka.




Selepas itu,  majlis diteruskan dengan persembahan daripada Kumpulan Dikir Barat. Kumpulan Dikir Barat kami telah mendapat tempat ke-2 peringkat daerah pada tahun lepas. Seperti yang disangka-sangkakan, persembahan itu sangat menakjubkan. Sungguh bersemangat.

Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Negaraku. Tetamu telah bersurai selepas majlis itu selesai.
Gerai jualan barangan kering juga dibuka. Barangan kering seperti gula, tepung, garam dan sebagainya adalah sumbangan daripada pelajar-pelajar,  telah dijual dengan harga yang lebih rendah dan hanya beberapa sahaja yang tinggal setelah selesainya majlis.