Maulidur Rasul 1432/2011

Pada 25 Februari 2011, Smk Seri Kota Puteri 2 telah mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul. Majlis ini telah berjalan dengan lancar kerana pelajar-pelajar telah memberikan kerjasama yang baik. Majlis ini disambut dengan sederhana kerana masa untuk membuat majlis ini lebih meriah tidak mencukupi. Tetapi, Yang-Berhormat (tetamu jemputan khas) berpuas hati dengan majlis tersebut.
Pelajar-pelajar islam dibenarkan untuk pergi ke kantin awal untuk menjamu selera makanan yang telah disediakan oleh pihak kantin. Kutipan derma daripada pelajar-pelajar telah digunakan untuk menyediakan makanan-makanan tersebut.
Manakala, pelajar-pelajar bukan Islam (non-muslim) telah berkumpul di bilik kejuruteraan untuk mendengar ceramah mengenai Sahsiah Diri.

Majlis tersebut dimulakan dengan beberapa kata alu-aluan daripada pengacara majlis (Taufiq bin Omar;3kaa). Majlis diteruskan dengan bacaan berzanji. Pelajar-pelajar mendengarnya dengan khusyuk 
sekali.

Ustaz Faisal turut memberikan beberapa kata kepada tetamu-tetamu yang hadir pada majlis tersebut.





Persembahan Nanyian Nasyid juga dijalankan bagi memeriahkan lagi majlis.



Taufiq bin Omar ( Tokoh Maulidur Rasul Lelaki 2011/1432 )
Nurul Alia binti Anuar (Tokoh Malidur Rasul Perempuan 2011/1432 )

Minggu "Sekolah Selamat"

Pada 14hb Februari, SMK Seri Kota Puteri 2 telah menjalankan minggu polisi "Sekolah Selamat". Sempena minggu tersebut, sekolah telah menjalankan pelbagai aktiviti untuk memastikan keselamatan pelajar terjamin. Antaranya adalah seperti latihan laluan kebakaran, ceramah tentang kebakaran daripada pihak bomba, ceramah tentang keselamatan traffik daripada pihak polis dan sebagainya. Puan Osmirah binti Osman selaku pengetua SMK Seri Kota Puteri 2, dengan segala hormatnya telahpun merasmikan minggu polisi "Sekolah Selamat".


Ceramah Kebakaran




Pihak bomba telah datang ke sekolah kami untuk menunjukkan demonstrasi memadam api. Beberapa tips telah diberitahukan kepada pelajar-pelajar sebelum melakukan aktiviti memadam api.



Cikgu Tan: Look, no eyes. Haha.

Kesimpulannya, kita hendaklah mematuhi segala peraturan yang ditetapkan supaya tiada berlaku kemalangan dan sebagainya. Langkah-langkah yang sepatutnya hendaklah dilakukan jika berlakunya kemalangan. SMK Seri Kota Puteri 2 menekankan polisi ini bagi menjamin keselamatan pelajar-pelajar sekolah kami.

Ceramah Trafik

Pihak polis telah bersetuju untuk memberikan ceramah kepada pelajar-pelajar mengenai menjaga keselamatan di jalan raya. 

Bagi pelajar-pelajar yang menunggang motosikal, kita hendaklah memakai topi keledar. Topi keledar dapat mengelakkan diri daripada mengalami kecederaan pada bahagian kepala. Selain itu, topi keledar hendaklah dipakai dengan ketat supaya tidak tertanggal jika berlakunya kemalangan.

Lebih kurang 60 peratus kemalangan di Malaysia berlaku melibatkan motosikal. Sikap yang tidak bertanggungjawab penunggang motosikal sering mengamalkan 'mencilok' di tepi-tepi kenderaan-kenderaan yang lain. Oleh itu, kita hendaklah menunggang motosikal dengan berhati-hati.






Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Larian Mahkota 2011

Pada 12 Februari, Larian Mahkota telah dijalankan. Setiap sekolah di negeri Johor terlibat dalam acara ini. Banyak pelajar telah hadir untuk melibatkan diri dalam acara ini. Pingat akan diberikan kepada sesiapa yang berjaya mendapat tempat pertama hingga ke-lima belas dalam kategori L15(tingkatan 1-3), L18(tingkatan 4-5), P15(tingkatan 1-3) dan P18(tingkatan 4-5).

Senaman telah dilakukan untuk memanaskan badan agar tiada berlaku ketegangan otot ketika berlari. Jarak perjalanan bagi lelaki adalah sepanjang 4.5km, mana
kala bagi perempuan adalah 3.5km sahaja.

Setiap rumah sukan (delima, zamrud, nilam dan baiduri) akan menerima markah tambahan jika mereka mempunyai wakil yang mendapat tempat dalam acara ini. Dengan kerjasama guru-guru dan pelajar-pelajar, acara ini telah dijalankan dengan lancar.

Cikgu Rita dan Cikgu Salina telah pun menyediakan checkpoint terakhir pelajar, dimana nama pemenang-pemenang bagi kategori masing-masing dicatat
Pelajar-pelajar perempuan memulakan larian mereka selepas lelaki memulakannya dahulu
 Kesunyian selepas pelajar-pelajar pergi berlari
Nama pemenang mula dicatat

Saudara Shahirul Fikri sedang menerima pingat
Rumah Zamrud bersorak setelah mengetahui bahawa mereka telah menjuarai acara tersebut